klik

Sunday, February 27, 2011

Qiqi Lala 1

Qiqi Lala 1

“Jom kita belajar bercinta,” ujar Qiqi lantas melabuhkan punggungnya di kerusi dalam taman rekreasi itu.

Beberapa orang begitu asyik memerhati keindahan alam. Begitu juga mereka. Tapi selain tu, fungsi mereka datang ke sini adalah nak bincangkan pasal pelajaran.
Pelajaranlah sangat. Sebenarnya, nak lepak saja.

“Bengong kau. Mana ada cinta kena belajar.”

Lala dah angkat kepala. Kertas di tangannya di tahan agar tidak terbang ditiup angin petang yang sedang berkocak perlahan. Sepoi-sepoi bahasa. Lembut saja angin itu menyapa wajahnya.

“Habis tu macam mana orang boleh pandai bercinta?” Qiqi dah kerut dahi.

Dia bukannya pernah bercinta. Nama saja umur lapan belas tahun, tapi ucap I love U pada qirlfriend pun tak pernah. Apa punya harulah kehidupan!

“Mesti ada bakat semulajadi,” penuh yakin Lala membalas.

Penselnya diketuk atas meja.

SPM pun tak lepas, macam dah bertahun berpengalaman bercinta. Padahal bakat pun mana ada sebab sampai sekarang ni pun dia masih memegang mandat orang solo. Single and available.

“Yakah?” terkejut Qiqi.

Oh, baru tahu! Bercinta mesti ada bakat. Tapi bakat macam mana yang diperlukan?

“Betullah.” Lala yakinkan Qiqi.

Dia tahu, mesti Qiqi sukar nak percaya. Tapi apa yang dia nampak memang macam tulah. Abangnya, selamba saja boleh collect awek keliling pinggang. Lepas tu, memang senang saja taktik abangnya tu mencairkan hati wanita. Sekejap saja dah terpilih jadi yang tersayang si dia.

Dia pula langsung tak ada bakat. Baka dari orang tuanya tak turun padanya. Nak tegur lelaki pun payah. Nasiblah ada Qiqi yang dah jadi jiran sejak bertahun lalu. Qiqilah lelaki yang selalu jadi pendampingnya selain dari ahli keluarganya.

“Aku tak percaya.” Qiqi gelengkan kepala.

“Believe it or not.”

Lala malas nak ambil pusing. Tadi beria dia bertanya, sekarang boleh pula tak nak percaya. Buat habis air liur aku saja beri penjelasan.

“Lala, aku serius ni. Aku nak ajak kau bercinta.”

Sekali lagi Qiqi mengajak. Dah macam orang desperate pula. Tapi memang serius, dia nak bercinta. Tak ada calon lain, Lalalah yang paling sesuai. Nak diajak budak perempuan dalam kelasnya, mesti dah kena baling dengan kasut Jazz masing-masing. Ouch, sakit tu!

Tak nak aku. Baik ajak Lala. Dia pandang Lala penuh pengharapan. Bak mengharap Cikgu Dahlia bocorkan soalan akhir tahun untuk subjek Pengajian Am. Susah beb!

“Bercinta pun nak kena ajakkah?” Lala jeling Qiqi.

Ajak bercinta pun macam ajak orang pergi pasar malam beli buntut ayam. Cis, tak ada ciri teman lelaki langsung. Tak ingin aku.

“Habis tu nak buat macam mana?” soal Qiqi.

Dia bukannya tahu macam mana nak mulakan sesuatu percintaan. Apa yang dia nampak, mudah saja teman-temannya tu declare dah couple. Step nak memulakan langkah pertama, dia ketinggalan untuk tengok.

“Errr...” Lala angkat pensel dan ketuk kepalanya.

Soalan Add Math yang susah nak mampus tu rupanya lebih senang dari soalan yang baru dikemukakan Qiqi. Dia alihkan matanya pada kertas soalan yang ada di depan mata. Tengok soalan nombor tiga yang diberikan oleh Cikgu Masin Salak tadi, dia jadi nak muntah balik. Baru berura-ura nak larikan diri dari soalan Qiqi.

“Kau pun tak tahu kan?”

Qiqi senyum mengejek. Baru kau tahu soalan aku susah. Dikerling kertas depan Lala. Tersenyum dia tengok soalan Add Math yang ada. Kacangnya soalan!

“Susah-susah, buat bodoh sajalah.” Lala sedekah senyum.
Itu cara yang terbaik yang dia dapat fikir sekarang.

“Lala, aku betul-betul ni. kita bercintalah,” pinta Qiqi.

“Mangkuk tingkat kau. Kalau nak ajak aku bercinta kena bayar.”

Tangannya dah siap hulur depan Qiqi.

“Berapa nak kena bayar?” Qiqi jungkit kening. Kalau setakat lima ringgit, no hal!

“Berapa simpanan kau sekarang?” tanya Lala balik

“Aik... takkan kena isytihar harta pula. Bukannya kita kena daftar dengan jabatan audit kalau nak bercinta.” Dia dah kerut kening.

Dia mana ada simpanan. Sekarang ni pun, bapa dia yang bagi duit belanja harian. Kalau dapat masuk universiti nanti, mungkin dia guna khidmat PTPTN atau minta biasiswa.

“Perlu. Dalam kementerian keluarga aku, simpanan dan segala harta mesti kena daftar dalam jabatan audit. Kalau dah isytihar harta, baru akan masuk ke dalam proses seterusnya. Sama ada diluluskan atau tidak, bergantung kepada jemaah menteri penasihat.”


Qiqi dah kerut dahi. Takkan seteruk ni dia perlu buat untuk ajak seorang perempuan bercinta.

Saturday, February 26, 2011

BINTANG PELANGI - 2

“Ibu, this is ridiculous idea.” Aku membentak kuat.

“We have no choice dear.”

“More choice. Sampai tak terpilih sebab terlampau banyak. Cuma ibu dan ayah yang tak nak consider. I’m a big girl already.”

“Oh ya???”

Ibu sudah mengangkat-angkat keningnya. Perlilah tu!

“Ibu... serius Ann bagi tahu, apa yang ibu dan ayah cadangkan adalah sesuatu yang tak munasabah. Ann dah besar.”

“Siapa Ann?”

Ibu ni!!!

“How many times I told you, Ann is not allowed here.”

“Oklah. Iqa... Iqa....” cepat aku melenting.

Ibu memang tak suka kalau aku bahasakan diri aku dengan Ann. Katanya macam nama orang barat pula. Padahal betapa susahnya dia dan ayah nak carikan aku nama.

Setakat nama Aniqah, susahke?

“Ini saja jalan yang dapat kami fikirkan. Iqa sendiri yang nak buat pilihan macam ni sedangkan ibu dan ayah sudah bentangkan banyak pilihan di depan Iqa. Iqa sendiri nak pilih jalan ni.”

“Iqa dah pilih jalan yang betul tapi ibu dan ayah yang bagi simpang-siur pada jalan Iqa.”

Aku masih tak puas hati.

aku nampak ibu juga tengah keliru. keningnya jelas berkerut. dahinya dipicit perlahan. memang bertambahlah pesakit migrain dalam Malaysia. untunglah kilang Panadol tu.

Nama sebenar ibuku yang tersayang adalah Puan Hisanah. Orang panggil dia Mak Nah. Right now, aku tak ada masa nak perkenalkan macam mana perwatakan ibuku.

Sekarang ni kepalaku tengah pening. Ini semua sebab idea mengarut daripada Pak Ikram. Siapa tu? ayah kandung akulah.

Adakah patut dia nak kahwinkan aku dengan...
siapa entah. Nama pun aku tak tahu. Tapi kata ayah, aku kenal bakal laki aku.

Oh my, bukan bakal laki....
bakal pemusnah masa remaja aku.
itu pasal aku tak setuju.

Rasa geram sangat dengan semua perkara yang berlaku dalam waktu yang singkat. Aku baru dua minggu mulakan pengajian di Universiti Malaya. Dalam masa yang sama, ayah dapat tawaran untuk menjadi pensyarah kontrak di negara seberang.

Lama pula tu. kalau lima minggu, aku boleh terima lagi, ini sampai lima tahun. Haru sungguhlah.

Mestilah ayah tak nak tolak sebab dia memang berhajat untuk menjadi pensyarah di luar negara. Memang pernah dia mohon, baru sekarang dia dapat. Ish, kenapalah kena dapat sekarang. Cubalah ayah dapat tawaran tu lima tahun akan datang, senang sikit kerja aku.

Masa tu mesti aku dah kerja. Jadi tak adalah emak dan ayah risau nak tinggalkan aku. nak kata aku budak kecil, umur baru cecah 19 tahun.

masalahnya, aku mana pernah kena tinggal sendiri!

Adakah patut, dia nak tinggalkan aku sendirian di UM ni time aku dah jadi warga UM.

Memang masalah. semua tawaran tu datang serentak. Ayah memang dah offer awal-awal supaya pindah kuliah. Tapi aku tak naklah. Daripada aku pergi belajar jauh-jauh, baik aku belajar di sini saja. Lagipun kawan-kawan sekolah ramai yang dapat satu universiti.

Syarat ayah mudah saja. Katanya kalau aku nak tinggal sini, aku kena kahwin dengan anak kawan dia. at least dia tak risau nak tinggalkan aku sendirian. Maklumlah anak tunggal.

Nak dipaksa bawa merantau sekali, kata ayah aku dah berumur lebih lapan belas tahun, jadi bebas untuk bergerak sendiri. Kalau aku umur lapan tahun, ayah tak minta izin lagi. Terus diangkutnya aku sekali pergi sana

so, macam mana ni?
aduh, peningnya!

Friday, February 25, 2011

DWIMUS-1

“Hello.” Senyuman menguntum di bibir Muslimah bila mendengar suara bonda tersayang. Lantas salam diberi.

“Apa khabar anak emak?”

“Tak sihatlah mak.”

“Ha!” terkejut Puan Samiyah.

Anaknya itu memang selalu tak sihat. Antibodi lemah sikit berbanding abang-abangnya. Masa kecil dulu, Muslimah memang selalu sakit. Tapi selalu saja nak mengekor anak-anak bujangnya. Dahlah anak bujangnya semua lasak, memang sakitlah anak perempuannya kalau dah join aktiviti lelaki. Yang susahnya, anak lelakinya juga.

“Nak emak suruh ayah datang ambilkah?”

“Mak, tak payah risaulah. Larat lagi kalau nak merempit dengan Myvi tu. Orang selesema sikit saja.”

“Jangan cuba nak merempit. Kalau nak balik, bagitahu. Abang kamu boleh ambil. Achik pun ada. Nanti kami datang ambil.”

“Tak boleh baliklah mak. Ada kokum di sekolah sekarang ni. Jadi sibuk sikit.”

“Sibuk-sibuk pun, jaga kesihatan. Jangan lupa makan ubat. Jangan main hujan.”

“Emak ni! Orang bukan budak-budak lagilah nak main hujan.”

“Jangan nak mengada. Sekarang ni musim hujan. Ke mana-mana, jangan lupa bawa payung.”

“Ok mak!” muslimah malas berbalah.

Emak memang masih layan dia macam budak kecil. Maklumlah, satu-satunya bunga yang kembang dengan di kelilingi tiga kumbang dalam taman Puan Samiyah dan Haji Muslimin.

“Jangan kata Ok saja, tapi tak buat pun.”

“Ya....”

Mustafa di luar sudah tersenyum sumbing. Dia melangkah masuk ke pusat sumber itu. Beberapa pelajar sedang sibuk membaca dan mencari buku. Bila melihat kelibat Muslimah yang sedang duduk di pejabatnya dalam pusat sumber itu membuat dia rasa ingin mengacau tiba-tiba.

Dia sudah duduk di atas meja berhadapan Muslimah. Mukanya dimaniskan. Senyuman berperisa enak disedekahkan buat teman yang masih menekapkan telefon di telinga.

“Hai, Mus!”

Muslimah sekadar mengangguk. Tidak dibalas dengan perkataan sapaan Mustafa itu. Suara emaknya yang masih banyak pesanan terpaksa didengar.

“Mak, oklah. Orang dah nak turun ni. Budak dah tunggu di bawah.”

Salam penutup diberi. Tidak lupa disampaikan salam kesejahteraan buat orang rumahnya di kampung. Muslimah sudah mematikan telefonnya. Blackberry yang dicilok dari abang sulungnya, Muslihin itu diletakkan di tepi komputer.

“Hai, Mus!”

Muslimah senyum. Walaupun dalam sekolah dia sudah dikenali dengan panggilan Imah, namun Mustafa adalah orang setia yang memanggilnya Mus.

“Dah habis cakap dengan mak?”

“Dah.”

Mejanya dikemaskan sedikit. Fail yang dicari tadi cepat diletakkan di hadapan mata. Kalau tertinggal lagi, memang rugilah lemaknya terpaksa terbuang begitu saja sebab terpaksa menapak beberapa anak tangga.

Dia menoleh ke atas. Senyuman disedekahkan buat sahabat yang sedang senang-lenang meletakkan punggung di atas mejanya. Betul-betul di hadapannya.
Mustafa ni, punyalah banyak tempat duduk, meja aku juga dia nak sendengkan.

“Kau jangan buat muka gatal macam tu.”

Cepat dipukul bahu si teman bila dihadiahkan kenyitan mata untuknya.

“Alah kau ni. Tak sporting langsung. Aku baru nak mengurat.”

“Tolonglah. Tak ada kerja lainkah.”

“Ada banyak. Tapi yang sekarang ni, aku nak mengurat kau dulu.”

“Aku tak dapat bayangkan kalau kahwin dengan bestfriend macam kau atau Firas.”

“Aku lagilah tak dapat bayang.”

“Mesti kita tak ada perasaan cinta. Kalau nak makan pun, layan diri sendiri.”

“Tulah.”

Tak sedar berborak sampailah ke tempat perkumpulan pelajar yang sudah dibahagikan mengikut unit masing-masing.

“Mus... I love u.”

Muslimah tekupkan muka dengan fail. Gila punya mamat!

BINTANG PELANGI - 1

“Ann! Ann!” suara itu semakin dekat.

Buat-buat tak dengar bolehkah?

“Ann. Jom makan?”

“Dah kenyang,” tanpa perasaan aku membalas.

“I tahu you tak makan lagi. Jomlah.”

Geramnya aku pada manusia yang tak pandai faham bahasa ni! Punyalah lama belajar Bahasa Melayu, tak juga pandai-pandai. Takkanlah dari darjah satu sampai tingkatan lima, asyik fall saja BM.

“Aku nak balik makan kat rumah. Ibu aku dah siapkan lunch.”

“I tumpang makan rumah you?”

Bukk.... tak pasal-pasal terlanggar tiang depan mata.

“Aduh, sakitnya!” aku usap perlahan dahi yang pastinya sudah merah menyala.
Apa taknya, langgar tiang elektrik tu!
ini semua sebab manusia yang tak berhati perut yang ada di sebelah aku ni. Kalau ada cangkul sekarang ni, memang aku dah tanam dia hidup-hidup. Ada juga manusia jenis macam ni? Tak pandai faham-faham dan tak pandai malu.

“Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.”

“Ann, pipi I tak tersorong-tersorong ya. Hidung I pun dah cukup mancunglah. Mancung macam mana lagi yang you nak?”

“Tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” dia ni memang nak kena pancung.

Tahap geram aku dah sampai ke petala lapan. Sekejap lagi kalau dia tambah, mesti akan meletup. Masa tu, memang tak selamatlah.

“kenapa Ann?”

“Tepi. Aku nak balik.”

“I hantar you balik.”

“Tak payah,” aku membentak keras. Dasar manusia tak ada perasaan!

“Tak apalah. Lagipun kereta I memang khas untuk you.”

“Aku cakap tak nak, tak naklah. Bengong!” habis bahu dia aku pukul dengan buku yang ada di tanganku. semua buku tebal pula tu. akukan baru habis dari perpustakaan, so rajinlah pinjam buku. Padan muka dia. siapa suruh dekat dengan aku masa aku rajin bawa buku ni? Biasalah budak baru katakan!

“Ann...”

Dia masih berteriak. Tapi aku buat tak peduli. Langkah memang laju. Inilah yang dinaamakan langkah seribu. Pecut.

Bila dah yakin selamat, baru aku berhenti berlari. Aduh, semput juga bila tengah hari macam ni berlari. Ish! Psiko sungguhlah dengan mamat tu. seram sungguh kalau terjumpa. Entah macam manalah hari ni boleh terserempak padahal sebelum ni memang dia dah berjaya untuk mengelak. Namun tadi, jejakku berjaya pula dikesan oleh mamat tiga suku tu. tak menjadi pula azimat aku hari ni.

Entah kenapalah mamat tiga suku tu kacau aku saja. Dah berkali-kali aku bagi amaran pada dia, tapi dia jenis yang tak makan saman sungguh. Telinga kebal. Aku kata macam mana pun, dia still tak kecil hati. esok-esok, ada lagi lah tu mengacau.

Betullah, UKM ni bukannya besar sangat. Bila-bila saja boleh terserempak. Apatah lagi duduk satu fakulti. Memang keberangkalian untuk mata bertemu mata adalah sangat tinggi. So, kenapalah aku nak kena buat-buat terkejut kalau jumpa dia. dari awal-awal lagi memang dah jangka benda ni.

Dalam banyak-banyak universiti yang ada di dunia ni, kenapalah si mamat tiga suku tu pilih UKM. Macam tak ada universiti lain lagi. Dia bukannya tak mampu pun untuk cari universiti lain. Kalau nak masuk Harvard pun boleh.

Satu fakulti dengan aku pula tu! memang senior yang tak dialu-alukan kedatangannya!

Aku tahulah aku budak baru, tapi kalau duduk sini dah lebih dua bulan, aku dah tak perlukan penunjuk arah macam dia.

Ini bukan salahku. Aku memang minat gila dengan seni bina. Aku nak jadi seoang akitek yang berjaya merekacipta dan menghasilkan idea-idea rekabentuk untuk keperluan masyarakat seperti bangunan, jambatan, alat-alat perhubungan dan kawasan riadah. Aku harap sangat dapat hasilkan sesuatu yang sensitif, kreatif, inovatif, analatikal dan dapat jadi kenangan di masa depan.

Aku selalu betembung dengan dia sebab kami guna makmal yang sama. Makmal konkrit dan bahan yang dimiliki oleh jabatan si mamat tiga suku tu selalu kami guna. Di makmal CAD/CAM pun selalu kami guna secara bersama. So, memang tak mustahil untuk selalu bertembung.

BINTANG PELANGI - PROLOG

“Bintang tu cantikkan?”

“Pelangi lagi cantik.”

“Tengok bintang tu, macam-macam bentuk yang tercipta. Ada pari, biduk, scorpion. Muka perawan pun ada.”

“Gatal. Pelangi pun cantik bentuknya.”

“Bintang bersinar sentiasa. Very beautiful.”

“Kalau hari nak hujan, bintang tak adalah! Bukannya kita boleh nampak tiap malam.”

“Pelangi lagi teruk. Turun lepas hujan saja. Itupun jarang-jarang ada. kalau bintang, kita tahu akan wujudnya. Tetap bersinar di atas sana walau dilindungi oleh awan.”

“Pelangi lagi bersinar. Seven colour. Warna-warni. Cantiknya.”

“Itu sesuai untuk kanak-kanaklah. Budak tak cukup umur saja yang suka dengan colourful.”

“Kalau orang tak cukup umur, tak adalah kahwin dengan orang tu.”

“Hmm... sebab orang ni saja yang paling sesuai untuk jaga orang yang tak cukup umur ni.”

“Tak kira, pelangi lebih cantik dari bintang.”

“Tak kisah sebab bintang tetap bersinar indah. Kalah pelangi.”

Bintang dan pelangi?

sekadar berkongsi rasa

kenapa muslim pasangannya muslimah?

kenapa harus soleh dengan soleha?

habis tu,
yg tudung singkat, siapa yg nak tolong suppot dia pakai tudung labuh,
mat rempit, siapa yg nak tolong dia berhenti lumba haram,
yg minum arak, siapa nak ajar dia minum air zam-zam,
yg kenal karpet tebal2, siapa nak bagi kenal dia tikar sejadah,
siapa nak ajak perempuan yg rambut blonde untuk pakai purdah,
siapa nak betulkan rambut macam naruto supaya dia pakai kopiah.

andai semua nak yg terbaik, siapa nak bimbing yg kurang baik.

apa salahnya uztazah kawan dengan si vandalisme,
tiada silapnya uztaz tunjukkn jalan kepada si pelacur.
juara imam muda boleh saja jadi pembimbing pada wanita yg tak cukup kain,
pemenang akademi al-quran pasti boleh bersahabat dgn si penjudi
(jgn dorang join skali pla)

kerana muhaimin tidak semestinya berpasangan dengan muhaiminah.

tulang rusukku siapa tuannya?
hatimu milik siapa?

sesungguhnya, tuhan jadikan manusia itu berpasang2an.

lelaki yg baik hanya untuk wanita yang baik.
jadilah yang terbaik untuk memiliki yang paling baik.

~sesungguhnya aku ni insan yang kurang baik tapi masih mngharap kasih dari mereka dengan sebaiknya....

DWIMUS-PROLOG

“Hai!”

Senyuman dihadiahkan sebagai membalas sapaan dari orang yang duduk selang dua buah kerusi dengannya.

“Siapa nama?”

Peramah pula orang di sebelahnya ini. kekhusyukan mendengar taklimat terganggu sekejap.

“Muslimah.”

“Oh.... nama saya Mustafa.”

Tak tanya pun. Ayat itu hanya dibalas dalam hati.

“First posting?” soalan dari orang tersebut masih lagi ada.

“Ya.”

“Saya pun sama. Tapi saya datang pagi tadi.”

Ya Allah, peramahnya dia ni. Rasa nak ketuk saja kepala orang ni. Pengacau betul. Hilang fokusnya nak dengar sedikit taklimat.

“Ok semua. Saya harap anda gembira berkhidmat di sini.”
penutup bicara dari penolong kanan membuat senyuman manusia yang ada di situ sedikit kaku. Di sinilah bermula kerjaya mereka. Terasa sedikit gementar dengan keadaan yang bakal mereka hadapi.

Puan Saidah sudah menutup bukunya. Buku setebal dua inci itu dijinjing di tangan kanan sebelum dia melangkah keluar dari bilik taklimat tersebut. Parasnya yang cantik menutup sedikit sifatnya yang tegas. Hampir dua jam mereka duduk di dalam yang berhawa dingin itu untuk mendengar taklimat daripada Penolong Kanan 1 sekolah ini. sejak tadi juga mereka terpaksa serius ekoran ketua mereka juga nampaknya seorang yang serius.

“Tak pandai senyum pun,” Wafa dah mula mengadu.

“Ish, kau ni. Tak baik tahu!” cepat Ghina memukul lengan Wafa. Nanti tak pasal-pasal Puan Saidah tu undur balik sebab dengar apa yang Wafa cakap.

“Mus, lepas ni kita pergi kantin.” Asha bersuara perlahan.

Dua-dua manusia yang bernama Mus menoleh serentak.

“Oh my god! I forgot that there two Mus here.” Tan dah ketuk dahi.

Muslimah senyum.

Mustafa ketawa.

“Mus! No, I mean Muslimah,” cepat Tan perbetulkan katanya bila melihat kedua-dua Mus menoleh ke arahnya.

“How about we call you Limah?”

“Wei, tolonglah. Ko ingat aku ni Mak Limahkah? Tak nak... tak nak. Bagilah nama yang standard sikit.” Muslimah dah potong bicara Tan. Teringat pula dengan cerita Hantu
Mak Limah Balik Rumah.

Wafa dah gelak. Asha dan Ghina dah tutup mulut tahan gelak.

“Apa ni Tan. Dia tu gadis moden, yang kau bagi nama kampung apa class.”

“Tak ada class ya?” Tan dah bertanya dengan muka blur.

Sekali lagi pecah ketawa di situ. Gelagat Tan yang baru dikenal kemarin sudah mencuit hati mereka yang ada di situ. Tak sangka jodoh dan pertemuan mereka dimaktubkan di sini.

“Tan, you should give a nice name. Lets thinking.”

Muslimah senyum lagi. Aduhai, tak pasal-pasal nak kena cari nama yang sesuai pula untuk dia. tapi dia memang dah biasa dengan gelaran Mus. Sejak sekolah lagi orang yang memanggilnya sebagai Mus. Walaupun dulu ada juga rakan sekelasnya yang dipanggil Mus, namun dia tak berniat pun nak tukar nama. Memang kelirulah. Kalau orang panggil Mus, memang dua-dua akan menoleh.

“Kita panggil dia Us.” Mustafa dah kemuka cadangan.

“Kau awas ya. Jangan nak mengada bagi nama kat aku yang teruk-teruk. Nanti aku suruh kau pula yang cari nama lain. Biar aku seorang saja yang guna nama Mus tu.” muslimah dah tunjuk penumbuknya.

“Opss. Sorry!” Mustafa cepat-cepat menutup mulutnya.

“Ha... I know. Call her Lim.”

“Tannnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!” panjang teriakan Muslimah dalam bilik rehat itu.
Tan yang melemparkan cadangan juga tersenyum. Dia saja bagi cadangan. Tak nak ikut, sudah. Tak marah pun.

“Even my eye sepet, I bukan anak cina ya. I Melayu tulen tahu.”

“Ok, apa?”

“Tak oklah Tan.” Ghina back-up Muslimah. Memang tak logik sungguhlah manusia yang bernama Tan ni. Muslimah ni perempuan, nak bagi nama Lim pula. Nanti orang ingat, celaru identiti pula.

“Panggil Imah sajalah. Abah aku panggil Imah.”

“Ok juga tu. tapi kena biasakan dirilah sebab kita dah biasa panggil dia Mus.”

sebening kata

alhamdulillah... tuhan permudahkan aku dan kamu untuk berkongsi rasa....