“Ann! Ann!” suara itu semakin dekat.
Buat-buat tak dengar bolehkah?
“Ann. Jom makan?”
“Dah kenyang,” tanpa perasaan aku membalas.
“I tahu you tak makan lagi. Jomlah.”
Geramnya aku pada manusia yang tak pandai faham bahasa ni! Punyalah lama belajar Bahasa Melayu, tak juga pandai-pandai. Takkanlah dari darjah satu sampai tingkatan lima, asyik fall saja BM.
“Aku nak balik makan kat rumah. Ibu aku dah siapkan lunch.”
“I tumpang makan rumah you?”
Bukk.... tak pasal-pasal terlanggar tiang depan mata.
“Aduh, sakitnya!” aku usap perlahan dahi yang pastinya sudah merah menyala.
Apa taknya, langgar tiang elektrik tu!
ini semua sebab manusia yang tak berhati perut yang ada di sebelah aku ni. Kalau ada cangkul sekarang ni, memang aku dah tanam dia hidup-hidup. Ada juga manusia jenis macam ni? Tak pandai faham-faham dan tak pandai malu.
“Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.”
“Ann, pipi I tak tersorong-tersorong ya. Hidung I pun dah cukup mancunglah. Mancung macam mana lagi yang you nak?”
“Tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” dia ni memang nak kena pancung.
Tahap geram aku dah sampai ke petala lapan. Sekejap lagi kalau dia tambah, mesti akan meletup. Masa tu, memang tak selamatlah.
“kenapa Ann?”
“Tepi. Aku nak balik.”
“I hantar you balik.”
“Tak payah,” aku membentak keras. Dasar manusia tak ada perasaan!
“Tak apalah. Lagipun kereta I memang khas untuk you.”
“Aku cakap tak nak, tak naklah. Bengong!” habis bahu dia aku pukul dengan buku yang ada di tanganku. semua buku tebal pula tu. akukan baru habis dari perpustakaan, so rajinlah pinjam buku. Padan muka dia. siapa suruh dekat dengan aku masa aku rajin bawa buku ni? Biasalah budak baru katakan!
“Ann...”
Dia masih berteriak. Tapi aku buat tak peduli. Langkah memang laju. Inilah yang dinaamakan langkah seribu. Pecut.
Bila dah yakin selamat, baru aku berhenti berlari. Aduh, semput juga bila tengah hari macam ni berlari. Ish! Psiko sungguhlah dengan mamat tu. seram sungguh kalau terjumpa. Entah macam manalah hari ni boleh terserempak padahal sebelum ni memang dia dah berjaya untuk mengelak. Namun tadi, jejakku berjaya pula dikesan oleh mamat tiga suku tu. tak menjadi pula azimat aku hari ni.
Entah kenapalah mamat tiga suku tu kacau aku saja. Dah berkali-kali aku bagi amaran pada dia, tapi dia jenis yang tak makan saman sungguh. Telinga kebal. Aku kata macam mana pun, dia still tak kecil hati. esok-esok, ada lagi lah tu mengacau.
Betullah, UKM ni bukannya besar sangat. Bila-bila saja boleh terserempak. Apatah lagi duduk satu fakulti. Memang keberangkalian untuk mata bertemu mata adalah sangat tinggi. So, kenapalah aku nak kena buat-buat terkejut kalau jumpa dia. dari awal-awal lagi memang dah jangka benda ni.
Dalam banyak-banyak universiti yang ada di dunia ni, kenapalah si mamat tiga suku tu pilih UKM. Macam tak ada universiti lain lagi. Dia bukannya tak mampu pun untuk cari universiti lain. Kalau nak masuk Harvard pun boleh.
Satu fakulti dengan aku pula tu! memang senior yang tak dialu-alukan kedatangannya!
Aku tahulah aku budak baru, tapi kalau duduk sini dah lebih dua bulan, aku dah tak perlukan penunjuk arah macam dia.
Ini bukan salahku. Aku memang minat gila dengan seni bina. Aku nak jadi seoang akitek yang berjaya merekacipta dan menghasilkan idea-idea rekabentuk untuk keperluan masyarakat seperti bangunan, jambatan, alat-alat perhubungan dan kawasan riadah. Aku harap sangat dapat hasilkan sesuatu yang sensitif, kreatif, inovatif, analatikal dan dapat jadi kenangan di masa depan.
Aku selalu betembung dengan dia sebab kami guna makmal yang sama. Makmal konkrit dan bahan yang dimiliki oleh jabatan si mamat tiga suku tu selalu kami guna. Di makmal CAD/CAM pun selalu kami guna secara bersama. So, memang tak mustahil untuk selalu bertembung.
No comments:
Post a Comment