Qiqi Lala 1
“Jom kita belajar bercinta,” ujar Qiqi lantas melabuhkan punggungnya di kerusi dalam taman rekreasi itu.
Beberapa orang begitu asyik memerhati keindahan alam. Begitu juga mereka. Tapi selain tu, fungsi mereka datang ke sini adalah nak bincangkan pasal pelajaran.
Pelajaranlah sangat. Sebenarnya, nak lepak saja.
“Bengong kau. Mana ada cinta kena belajar.”
Lala dah angkat kepala. Kertas di tangannya di tahan agar tidak terbang ditiup angin petang yang sedang berkocak perlahan. Sepoi-sepoi bahasa. Lembut saja angin itu menyapa wajahnya.
“Habis tu macam mana orang boleh pandai bercinta?” Qiqi dah kerut dahi.
Dia bukannya pernah bercinta. Nama saja umur lapan belas tahun, tapi ucap I love U pada qirlfriend pun tak pernah. Apa punya harulah kehidupan!
“Mesti ada bakat semulajadi,” penuh yakin Lala membalas.
Penselnya diketuk atas meja.
SPM pun tak lepas, macam dah bertahun berpengalaman bercinta. Padahal bakat pun mana ada sebab sampai sekarang ni pun dia masih memegang mandat orang solo. Single and available.
“Yakah?” terkejut Qiqi.
Oh, baru tahu! Bercinta mesti ada bakat. Tapi bakat macam mana yang diperlukan?
“Betullah.” Lala yakinkan Qiqi.
Dia tahu, mesti Qiqi sukar nak percaya. Tapi apa yang dia nampak memang macam tulah. Abangnya, selamba saja boleh collect awek keliling pinggang. Lepas tu, memang senang saja taktik abangnya tu mencairkan hati wanita. Sekejap saja dah terpilih jadi yang tersayang si dia.
Dia pula langsung tak ada bakat. Baka dari orang tuanya tak turun padanya. Nak tegur lelaki pun payah. Nasiblah ada Qiqi yang dah jadi jiran sejak bertahun lalu. Qiqilah lelaki yang selalu jadi pendampingnya selain dari ahli keluarganya.
“Aku tak percaya.” Qiqi gelengkan kepala.
“Believe it or not.”
Lala malas nak ambil pusing. Tadi beria dia bertanya, sekarang boleh pula tak nak percaya. Buat habis air liur aku saja beri penjelasan.
“Lala, aku serius ni. Aku nak ajak kau bercinta.”
Sekali lagi Qiqi mengajak. Dah macam orang desperate pula. Tapi memang serius, dia nak bercinta. Tak ada calon lain, Lalalah yang paling sesuai. Nak diajak budak perempuan dalam kelasnya, mesti dah kena baling dengan kasut Jazz masing-masing. Ouch, sakit tu!
Tak nak aku. Baik ajak Lala. Dia pandang Lala penuh pengharapan. Bak mengharap Cikgu Dahlia bocorkan soalan akhir tahun untuk subjek Pengajian Am. Susah beb!
“Bercinta pun nak kena ajakkah?” Lala jeling Qiqi.
Ajak bercinta pun macam ajak orang pergi pasar malam beli buntut ayam. Cis, tak ada ciri teman lelaki langsung. Tak ingin aku.
“Habis tu nak buat macam mana?” soal Qiqi.
Dia bukannya tahu macam mana nak mulakan sesuatu percintaan. Apa yang dia nampak, mudah saja teman-temannya tu declare dah couple. Step nak memulakan langkah pertama, dia ketinggalan untuk tengok.
“Errr...” Lala angkat pensel dan ketuk kepalanya.
Soalan Add Math yang susah nak mampus tu rupanya lebih senang dari soalan yang baru dikemukakan Qiqi. Dia alihkan matanya pada kertas soalan yang ada di depan mata. Tengok soalan nombor tiga yang diberikan oleh Cikgu Masin Salak tadi, dia jadi nak muntah balik. Baru berura-ura nak larikan diri dari soalan Qiqi.
“Kau pun tak tahu kan?”
Qiqi senyum mengejek. Baru kau tahu soalan aku susah. Dikerling kertas depan Lala. Tersenyum dia tengok soalan Add Math yang ada. Kacangnya soalan!
“Susah-susah, buat bodoh sajalah.” Lala sedekah senyum.
Itu cara yang terbaik yang dia dapat fikir sekarang.
“Lala, aku betul-betul ni. kita bercintalah,” pinta Qiqi.
“Mangkuk tingkat kau. Kalau nak ajak aku bercinta kena bayar.”
Tangannya dah siap hulur depan Qiqi.
“Berapa nak kena bayar?” Qiqi jungkit kening. Kalau setakat lima ringgit, no hal!
“Berapa simpanan kau sekarang?” tanya Lala balik
“Aik... takkan kena isytihar harta pula. Bukannya kita kena daftar dengan jabatan audit kalau nak bercinta.” Dia dah kerut kening.
Dia mana ada simpanan. Sekarang ni pun, bapa dia yang bagi duit belanja harian. Kalau dapat masuk universiti nanti, mungkin dia guna khidmat PTPTN atau minta biasiswa.
“Perlu. Dalam kementerian keluarga aku, simpanan dan segala harta mesti kena daftar dalam jabatan audit. Kalau dah isytihar harta, baru akan masuk ke dalam proses seterusnya. Sama ada diluluskan atau tidak, bergantung kepada jemaah menteri penasihat.”
Qiqi dah kerut dahi. Takkan seteruk ni dia perlu buat untuk ajak seorang perempuan bercinta.
No comments:
Post a Comment