klik

Friday, February 25, 2011

DWIMUS-1

“Hello.” Senyuman menguntum di bibir Muslimah bila mendengar suara bonda tersayang. Lantas salam diberi.

“Apa khabar anak emak?”

“Tak sihatlah mak.”

“Ha!” terkejut Puan Samiyah.

Anaknya itu memang selalu tak sihat. Antibodi lemah sikit berbanding abang-abangnya. Masa kecil dulu, Muslimah memang selalu sakit. Tapi selalu saja nak mengekor anak-anak bujangnya. Dahlah anak bujangnya semua lasak, memang sakitlah anak perempuannya kalau dah join aktiviti lelaki. Yang susahnya, anak lelakinya juga.

“Nak emak suruh ayah datang ambilkah?”

“Mak, tak payah risaulah. Larat lagi kalau nak merempit dengan Myvi tu. Orang selesema sikit saja.”

“Jangan cuba nak merempit. Kalau nak balik, bagitahu. Abang kamu boleh ambil. Achik pun ada. Nanti kami datang ambil.”

“Tak boleh baliklah mak. Ada kokum di sekolah sekarang ni. Jadi sibuk sikit.”

“Sibuk-sibuk pun, jaga kesihatan. Jangan lupa makan ubat. Jangan main hujan.”

“Emak ni! Orang bukan budak-budak lagilah nak main hujan.”

“Jangan nak mengada. Sekarang ni musim hujan. Ke mana-mana, jangan lupa bawa payung.”

“Ok mak!” muslimah malas berbalah.

Emak memang masih layan dia macam budak kecil. Maklumlah, satu-satunya bunga yang kembang dengan di kelilingi tiga kumbang dalam taman Puan Samiyah dan Haji Muslimin.

“Jangan kata Ok saja, tapi tak buat pun.”

“Ya....”

Mustafa di luar sudah tersenyum sumbing. Dia melangkah masuk ke pusat sumber itu. Beberapa pelajar sedang sibuk membaca dan mencari buku. Bila melihat kelibat Muslimah yang sedang duduk di pejabatnya dalam pusat sumber itu membuat dia rasa ingin mengacau tiba-tiba.

Dia sudah duduk di atas meja berhadapan Muslimah. Mukanya dimaniskan. Senyuman berperisa enak disedekahkan buat teman yang masih menekapkan telefon di telinga.

“Hai, Mus!”

Muslimah sekadar mengangguk. Tidak dibalas dengan perkataan sapaan Mustafa itu. Suara emaknya yang masih banyak pesanan terpaksa didengar.

“Mak, oklah. Orang dah nak turun ni. Budak dah tunggu di bawah.”

Salam penutup diberi. Tidak lupa disampaikan salam kesejahteraan buat orang rumahnya di kampung. Muslimah sudah mematikan telefonnya. Blackberry yang dicilok dari abang sulungnya, Muslihin itu diletakkan di tepi komputer.

“Hai, Mus!”

Muslimah senyum. Walaupun dalam sekolah dia sudah dikenali dengan panggilan Imah, namun Mustafa adalah orang setia yang memanggilnya Mus.

“Dah habis cakap dengan mak?”

“Dah.”

Mejanya dikemaskan sedikit. Fail yang dicari tadi cepat diletakkan di hadapan mata. Kalau tertinggal lagi, memang rugilah lemaknya terpaksa terbuang begitu saja sebab terpaksa menapak beberapa anak tangga.

Dia menoleh ke atas. Senyuman disedekahkan buat sahabat yang sedang senang-lenang meletakkan punggung di atas mejanya. Betul-betul di hadapannya.
Mustafa ni, punyalah banyak tempat duduk, meja aku juga dia nak sendengkan.

“Kau jangan buat muka gatal macam tu.”

Cepat dipukul bahu si teman bila dihadiahkan kenyitan mata untuknya.

“Alah kau ni. Tak sporting langsung. Aku baru nak mengurat.”

“Tolonglah. Tak ada kerja lainkah.”

“Ada banyak. Tapi yang sekarang ni, aku nak mengurat kau dulu.”

“Aku tak dapat bayangkan kalau kahwin dengan bestfriend macam kau atau Firas.”

“Aku lagilah tak dapat bayang.”

“Mesti kita tak ada perasaan cinta. Kalau nak makan pun, layan diri sendiri.”

“Tulah.”

Tak sedar berborak sampailah ke tempat perkumpulan pelajar yang sudah dibahagikan mengikut unit masing-masing.

“Mus... I love u.”

Muslimah tekupkan muka dengan fail. Gila punya mamat!

2 comments: