klik

Thursday, March 3, 2011

DWIMUS 2

"hai,cewek!"

Muslimah toleh ke tepi. Cis, sejak bila kawannya tu pandai bahasa Jawa.

Erk! Ko ni, Imah, cewek tu bahasa Jawa ke?


"Assalamualaikum."
senyum disedekahkan.

Khairul tersengih. Tahu kena perli.

"Waalaikumusalam w.w." panjang balasannya.

Muslimah sembunyi ketawa. Walaupun Khairul Anuar tu lebih senior daripada dia, namun dia tidak janggal berhadapan dengan guru-guru lama.
Mereka bagaikan sudah lama kenal sedangkan dia masih memegang status junior.
Memang dasar kot, semua guru adalah keluarga sekolah.

"Nak aku tolongke?" tawar Khairul Anuar.

Kasihan pula dia melihat sahabatnya itu memegang kumpulan buku yang banyak. Mana lagi fail yang dia nampak masih berlonggok di tempat duduk belakang kereta Myvi.

Memang tak perlukan penumpang manusia si Muslimah ni. Barang saja, dah penuh satu kereta.
Tak bolehlah nak tumpang.

“Tak payahlah Khairul. Nanti aku suruh budak pergi ambil. Kau naik sajalah dulu. Untung-untung, boleh punch card untuk aku.”
Tersengih Muslimah.

Malas pula dia nak terus ke pejabat untuk punch card. Barangnya banyak. Nak letak mana nanti?

“Cis, ada niat lain rupanya.”

“Eh, tak paksa ya. Aku suggest saja. Kalau kau nak pahala lebih hari ni, kau tolonglah aku. Kalau tak nak, aku tak kisah pun.”

Pandai pula Muslimah ni psiko aku. Khairul dah kemamkan bibir.

“Ok. Aku nak beramal hari ni.”

Khairul menutup pintu Viosnya.
Gaji pertama dia terus keluarkan Vios putih.
Tunggakan yang dia terima dia guna untuk bayar deposit kereta idamannya. Memang berbaloi.
Perempuan pun tengok dua tiga kali keretanya.
Tuannya? Entahlah.
Harap-haraplah bukan sekadar jelingan sesaat.

“Kalau nak banyakkan amal, tolonglah punch card aku hari-hari. Pagi petang,” teriak Muslimah

“Jangan nak mimpi. Aku nak tambah pahala hari ni saja,” laung Khairul dari tangga.

Muslimah geleng kepala. Memang tak berhati perutlah dia kalau sampai nak suruh orang punch card untuk dia.

Pintu Myvi putih itu ditutup.
Entah kenapa sekolahnya ni macam satu kemestian pula. Ramai yang berkereta warna putih. Jenis lain-lain.
Tapi tak dapat dinafikan, putih itu cantik dan polos.

Tangannya hanya memegang beg komputer riba dan beg tangan warna hitam. Buku pelajar dipegang di tangan kiri.
Beg jenama Guess itu disangkutkan ke bahu.
Kakinya hanya bersarung selipar cap Bata. segala kasutnya berlonggok di bawah meja.

Entah dah berapa pasang kasut dia simpan di situ. Malas nak pakai kasut kalau dari rumah. Tapi dalam kereta pun memang dah ada spare dua pasang kasut.

Puan Samiyah dah bising dengan dia.

apa taknya, koleksi kasut dan beg tangan dah boleh buka satu kedai.
Di rumah memang dah penuh almari kasut. Beg pun dah berlambak.
Kepada siapa nak diwariskan?
Hanya Muslimah dan emaknya saja golongan wanita di dalam rumah tu.


“Assalamualaikum cikgu.”

Muslimah toleh kiri. Tersenyum dia melihat pelajarnya itu. Salam pelajar dibalas sambil menganggukkan kepala.

“Ha, kamu Nora. Come here. Tolong cikgu. Pergi kereta cikgu, ambil fail-fail yang ada di tempat duduk belakang. Ajak Safura sekali.” Lancar arahan diberi.

Kunci kereta diserahkan kepada Nora.

Dia percaya kepada pelajarnya itu. Penolong ketua kelas 5 Ibnu Sina memang diketahui umum mempunyai akhlak yang baik. Rajin bantu guru dan sentiasa ringan tulang jika diminta pertolongan.

Sebelum ni pun, Muslimah pernah ajak Nora tidur rumahnya sebab masa tu dia duduk seorang saja di rumah. Rakan serumahnya balik kampung.

Nora tu pelajar pintar dan dari kelas pertama pula. Jadi, tiada apa yang perlu dicurigakan.

Tangannya ditoleh. Jam warna hitam dikerling.

Guru dan jam, memang tak boleh pisah. Kalau tak ada jam, memang tempah nahaslah. Sama ada terlajak waktu atau terkeluar awal ketika sesi pembelajaran.

Masih ada sepuluh minit lagi sebelum masa pertama.
Buku untuk mengajar dicapai dari rak di hadapannya.
Buku rujukan Sejarah Tingkatan 5 ditarik dari timbunan susunan tersebut.

Buku terbitan Pelangi itu diselak perlahan. Subtopik untuk hari ni dibaca sekilas.
Memang dah baca sebelum ni, tapi nak tingkatkan ilmu lagi.

Matanya menjalar pada permukaan buku. Subtopik negara dan bangsa itu dibaca dengan teliti. Senyap dia membaca. Sesekali kepalanya diangkat. Mendengar andai loceng berbunyi.

Satu prinsip yang dia tak nak langgar adalah masuk kelas ketika waktunya. Tak boleh lambat.
Nanti, pelajar akan terbuang waktu mereka.
Sudahlah nak SPM tahun ni, nanti reputasinya sebagai guru Sejarah akan jatuh.

Awal-awal posting dah diberikan dengan kelas peperiksaan. Memang sedikit tekanan dia.


“Woi... woi... cikgu hanger... cikgu hanger datang.”

“Duduk. Cikgu hanger bawa hanger merah pula.”

“Cikgu hanger... cikgu hanger.”

Dari jauh, Muslimah dah dengar suara-suara sumbang yang sempat sampai ke telingannya. Bukan setakat satu kelas, kelas yang berhampiran dengan kelas yang dia nak tuju pun dah teriak nama cikgu hanger. Macam Sarjan Misai pula nak datang tangkap orang.

Datang ke sekolah ni, dia dah dapat gelaran baru.

Cikgu Hanger!
Vouge juga nama tu.

Lantak kamulah.
Gelarlah apa saja, yang penting aku sampaikan apa yang aku ajar. Muslimah menggumam perlahan.

Macam dia tak tahu sejarah permulaan namanya tu.

Semua bermula bila dia masuk kelas belakang. Dalam kelas tu, dia tak dapat kawal macam yang dia ajar kelas depan iaitu kelas Ibnu Sina.

Kelas Ibnu Rusyd, pelajarnya sangat liar. Nakal. Kalah pasar ikan.

Bila dia bergerak ke belakang kelas, dia nampak hanger yang bergantung di tingkap.

Dia tahu, hanger tu milik pelajar.

Kalau masa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, pelajar akan pakai baju PJ.
Baju seragam sekolah digantung dalam kelas. Mesti hanger tu ditinggalkan oleh pelajar.

Sepanjang dia berada di dalam kelas tu, hanger memang tak lepas dari tangannya.
Jika ada pelajar yang membuat kesilapan, tanpa belas kasihan dia akan pukul menggunakan hanger.

Sejak tu budak-budak gelar dia Cikgu Hanger.
Belum ada lagi dalam sekolah ni yang bawa hanger masuk kelas.

Detakan kasut Muslimah sampai sehingga kelas 5 Ibnu Rusyd. Kalut semua pelajar kembali ke tempat masing-masing.

Muslimah gelak dalam hati. Tak sia-sia dia beli kasut dua inci tu. Ada juga gunanya. Senyap pelajar walau dia belum ada di dalam kelas tersebut.

“Assalamualaikum Cikgu Muslimah.”
Lantang Amir si ketua kelas memberi salam.
Rakan kelasnya yang lain turut memberi salam.

Muslimah menjawab salam.
Buku yang dibawa sekali diletakkan di atas meja. Hanger yang warna merah tidak dilupakan. Dipegang erat hanger tersebut.

Dah empat buah hangernya patah sebab pukul meja dengan kuat untuk suruh budak diam.

“Keluarkan buku teks dan buku nota anda. Letak atas meja.”

Tanpa menyuruh pelajarnya duduk, Muslimah dah beri arahan.

Semua pelajar dah kalut cari buku masing-masing.

Muslimah meninjau setiap pelajar. Dari yang duduk depan sampailah ke belakang.

“Mana buku?”
Muslimah dah ketuk meja bila dia tiba di tempat Amri.

“Tertinggal cikgu,” hendak tak hendak Amri bersuara.
Mesti buku teksnya tertinggal di atas meja belajarnya semalam sebab dia baru siapkan kerja rumah Cikgu Muslimah yang diberikan minggu lepas.

“Kenapa tak bawa? Kamu bagi pinjam adik kamu untuk warna-warna buku teks kamu?”

“Taklah cikgu,” nafi Amir.

“Hulur tangan.” Tegas dia memberi arahan.
Perlahan hanger itu menyentuh tapak tangan Amir.

Cis, nama saja ketua kelas, tapi buku teks malas nak bawa.

Bukan hanya Amir, ada lima orang pelajar lagi yang tidak membawa buku teks. Sia-sia saja kerajaan bagi pinjaman buku teks kepada pelajar kalau tak bawa pergi sekolah. Akhirnya buku teks tu hanya akan bergerak ketika proses peminjaman dan proses pemulangan.

Pembelajaran diteruskan.
Kalau mengajar kelas belakang memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tambah-tambah lagi mengajar subjek sejarah. Kena tahan dirilah. Kena pandai ambil hati pelajar.

Mendengus geram Muslimah bila melihat Saiful sudah meletakkan kepalanya di atas meja.
Apalagi.
Terbang ke lautan mimpilah!

Inilah bahayanya mengajar budak-budak yang lemah sedikit.
Entah macam manalah pembahagian guru di sekolah ni. dia disuruh mengajar kelas paling hadapan dan kelas paling belakang. Aras kepandaian budak sungguh jauh berbeza. Susah betul nak capai sasaran objektif.

Perlahan-lahan Muslimah bergerak ke tepi tingkap.

Pap...

Kuat hentakan hanger di atas meja Saiful.
Pelajar asrama yang seorang ni, memang kuat tidur.
Entahlah. Sama ada subjek Sejarah ni susah atau memang Muslimah sendiri yang tak pandai mengajar.
Tapi ada juga beberapa orang pelajar tadi yang dia tengok tutup mulut.
Mengantuklah tu!

“Selamat pagi Saiful.”
Muslimah dah perli sambil berdiri di tepi Saiful

Terpisat-pisat Saiful bangun. Bibirnya dilap cepat. Haraplah tak ada air liur basi. Kalau tak, free saja dia bantu Cikgu Muslimah lakar peta Asia Tenggara sekarang.

“Take you book. Berdiri sekarang.”

Dendaan tetap dijalankan. Biarlah dia bagi Saiful exercise sikit.

Ingat aku ni menyanyi lullaby kah? Senang-senang saja terlena time aku menerang. Muslimah dah membebel dalam hati.

Aduhai, Muslimah!
Macam tak biasa pula.
Masa sekolah dulu, kau pun rajin tidur masa cikgu ajar sejarah.

Barulah terasa apa yang cikgunya rasa dulu. Dulu pun, kalau cikgu ajar di depan, dia pun belajar sendiri di belakang. Tanpa disuruh, dengan mudahnya dia buatkan peta untuk diri sendiri di atas meja.
Kadang-kadang, atas buku teks Sejarah pun dia dah tambahkan peta.

Sakit hati betul kalau tengok budak dah terlentok masa kita exited mengajar.
sekarang ni pun, dia dah terasa.
sorry cikgu sejarahku!

“Baiklah. Siapa yang berjaya menyatukan Italy?”

Habis mengajar, Muslimah round kelas. Satu-satu pelajar dia soal. Nak tengok sejauh mana mereka dengar apa yang dia ajar.

“Count Camillio, cikgu,” sampuk Munirah.

“Jerman?”

“Otto Von Bismark.” Budak lain pula angkat tangan.

“Madinah?”

“Nabi Muhammad s.a.w.”

“Apa yang digunakan untuk menyatukan Jerman dan Italy?”

“Real politik.” Lancar saja pelajar jawab. Serentak pula tu.

“Apa...”

Tak jadi Muslimah sambung perkataan bila melihat kelibat seseorang di luar kelas.

Dia bergerak sedikit ke tepi tingkat. Bila dilihat Cikgu Nina di depan pintu, cepat-cepat dia ketuk dahi.
Jam di tangan memang tak payah tengok. Tahu sangat dengan kesalahan diri.

Mesti dah ambil masa cikgu Nina ni!
Cepat-cepat dia bergerak ke hadapan. Buku dan peralatan mengajar diambil. Selepas membalas ucapan terima kasih pelajar, laju dia keluar dari kelas tu.

“Sorry Nina.”

“I ambil masa you ten minutes next week ya,” pinta Nina.

“Its ok.”

“Matematik ni, selalu tak cukup masa.”

“Ya. I faham.”

Ditolak sedikit pergelangan baju kurungnya. Jam tangan Guess dikerling rakus.
Hmm...
terlebih masa lagi. Memang padanlah Nina minta masa dia. memang guru matematik selalu juga mengeluh. Tak cukup masa nak mengajar.



happy reading

No comments:

Post a Comment