“Ayah akan tunang dan kahwinkan Iqa dengan anak kawan ayah. Namanya Raiyan. Iqa nak kenal dia?” soal Pak Ikram sambil jeling aku.
Ayah saja nak kenakan akulah tu.
Tak ingin aku.
“Iqa tak nak kahwinlah.” Berkali aku tegaskan jawapanku. Namun...
“Ini saja caranya,” sampuk ayah.
Aku tahu. beginilah jawapannya
“Ayah, dah berapa kali Iqa bagitahu. Ada banyak cara lain. Ayah saja yang suka complicated keadaan.”
“Iqa nak ikut ayah dan ibu? Baguslah macam tu. sekurang-kurangnya, tenang juga hati kami...”
“Bukanlah,” cepat aku potong cakap ayah.
Tak adanya aku nak keluar negara untuk belajar. kalau jauh, tak apa juga. Ini, negara jiran saja.
Kalau Eropah atau US, bolehlah aku fikir dua kali. Sekarang ni, tak payah fikir, aku dah tahu jawapan apa yang hati dan akal aku nak.
Ish, ayah ni. Tak ada negara lainkah yang nak berkhidmat. Punyalah banyak negara dalam glob dunia ni, kenapalah Indonesia juga yang dia dapat. Aku dengar negara tu padat dengan penduduk. Tengoklah, ramai pendatang Indonesia yang ada dalam negara ni. Lagi satu aku tak berkenan sebab tengok mereka ni seksi sangat. Tengoklah pelakon-pelakon sinetron mereka, semuanya macam tak cukup kain. Nanti dengan aku sekali yang terpengaruh. Dah lah aku ni lemah iman!
“Habis tu?” ayah dah angkat kening.
“Iqa dah besar. Boleh tinggal sendiri. Boleh mandiri.”
“Habis tu, kalau cuti nak pergi mana. Saudara-mara kita mana ada di sini.”
“Merempatlah. Kan rakyat Malaysia tinggi dengan budi bahasa. Siapa saja pasti sudi untuk tumpangkan Iqa.”
“Jangan nak merepek. Kalau nak tinggal sini, mesti kahwin. Kalau tak nak tinggal, pindah kuliah.”
Ibu jeling aku...
Ya... bagus tu. kita saling menjeling, ada harapan mata jadi juling!
“Boringnya!” aku menghentakkan kaki.
“Iqa kena kahwinlah kalau tak nak ikut merantau.”
“Ayah tak consider dengan pilihan lainkah?” soalku.
Harap-haraplah ayah lembut hati hari ni. So, keputusan boleh diubah.
“Bakal suami kamu tu, satu universiti juga dengan kamu. Tapi sekarang ni dia tengah latihan praktikal di syarikat keluarganya. Dia boleh jaga kamu. Ayah kenal baik dengan keluarga mereka. Lagipun mereka sendiri yang pinang Iqa,” panjang penjelasan ayah.
Aku jeling lagi.
“Ayah, orang tak nak.”
“Maaf sayang, inilah cadangan yang terbaik kami dapat fikir. Iqa sendiri yang tak nak ikut kami. Ingat ibu senang hatikah nak tinggalkan anak ibu sendirian di sini. tak tenang sayang,” ibu dah bersuara lembut.
Ibu duduk samping aku. Dia belai perlahan rambut aku.
Cis, ini yang aku jadi emo ni. touching pula kata-kata ibu ni.
Ish, aku kena kuatkan hati. jangan terpengaruh dengan kata-kata lembut. Teguhkan hati Aniqah!
“Orang tak naklah.”
“You have no choice dear.”
Aku membebel geram dan berlalu dari situ. Balik-balik benda ni juga yang mereka putuskan. Bagus-bagus diberi masa dua bulan untuk lapor diri di sana, sekarang tinggal dua minggu saja lagi sebab semua orang statik dengan keputusan masing-masing.
Semua nak pertahan keinginan sendiri. Main tangguh-tangguh keputusan. Aku saja yang tangguh, ibu dan ayah dah ready semua, tinggal nak berangkat saja.
Katil yang baru aku kemas sudah berkedut sebab dah terima punggung aku sebagai pengguna.
Aduh! Lemahnya otak kalau fikir benda ni. Surat tawaran daripada Universiti Yogyakarta sudah hampir lunyai sebab ayah balik-balik tunjuk pada aku. Katanya, dia memang wajib pergi sebab kalau pergi pangkatnya tinggi sikit. Gaji pun kena up. Paling penting kata ayah, dia nak tambah pengalaman selain menyebarkan ilmu di sana.
Ini adalah salah satu program pendidikan di bawah lembayung kerjasama Asean. Pertukaran pelajar dan tenaga pengajar antara negara Asean untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara-negara Asean.
Sepatutnya aku bersyukur sebab ayah tak ditempatkan di Timor Leste atau Filipina. Indonesia saja tu, langkah kaki kanan sebelah Sarawak pun dah masuk Kalimantan.
So?
No comments:
Post a Comment